Blogger Widgets

Wednesday 16 May 2018

SAYA PELAJAR MATRIKULASI PAHANG SESI 2017/2018

Assalamualaikum and hai,

pheww baru habis matriks 2 minggu yang lepas dan ALHAMDULILLAH yahooo dapat puasa kat rumah. Oh lupa pulak haiii adik adik yang bakal  masuk matriks :) mesti korang tak sabar kan muhahahhaha. Saja nak pesan belajar rajin rajin, jagan study masa nak exam je. Oh dan bersedialah  anda dengan exam dan kuiz pada setiap minggu. Tapi ikut lecturer dan matriks anda juga. Mungkin ni kitorang je kut puhahahaha. DAN DIINGATKAN JUGA KALAU ADA SUBJEK FAIL ITU NORMAL. jangan presssure. relax je,

CARA PEMBELAJARAN MATRIKS

Untuk yang ni serious akak nak tekankan setakat ni yang akak tengok kawan kawan akak semua ada cara masing masing. dia ikut orang. jangan awak rasa ohh dia ni perform nak tiru gaya dia belajarlah. TAK. mungkin boleh tanya apa awak buat eh? amik sikit sikit tips dari kawan kawan. akak bagi contohlah eh

E.g Aminah selalu dapat markah penuh test dan suka study malam

dan kita ni pun ikut dia berjaga study malam malam. Tapi kita ni jenis ngantuk dan dia pula tak ngantuk bila dalam kuliah pagi. At the end kita tak perform juga sebab tak boleh fokus dalam kuliah.

Faham tak? Cari style belajar yang awak suka dan setakat ni akak perasan buat mind map adalah cara yang terbaik. buat buat buat tak kira lah subjek apa. awak nak buat by chapter pun boleh awak nak buat by formula, by definition pun boleh. And paling penting selalu jumpa lecturer anda. rapat dengan dia konfem dia selalu bagi tips cara nak skor exam.

BARANG KEPERLUAN SEPANJANG DI MATRIKS

Pakaian kasual
Pakaian dalam
Sejadah
Telekung
Baju outing ( better bawa blaus labuh )
Baju kurung/ melayu
Baju sejuk
Cardigan ( senang nak gi kafe pakai baju lengan pendek )
Seluar slack
Tudung (bawal/shawl/sarung)
Kain hitam
Kasut sukan
Kasut PVC
Sandal
Selipar

Beg
Alat tulis
Gambar pasport
Kertas warna ( untuk assignment/ hias hias )
Stok testpad
Stok A4
Stok pen/ highlight/ sticker
Stok pin/ jarum peniti
Bakul sampah
Hanger
Payung ( incase mesin atm jauh macam kmph dan hujan )
GAMBAR MAK AYAH
AL- QURAN

Stok sambal ( kalau anda nak berjimat dan nak simpan duit elaun )
Stok maggi/ ramen ( kalau boleh pelbagai perisa lah ya )
Stok kudap kudap
Stok air ( ikutlah awak nak apa tapi better beli satu pek nescafe )
Cawan
Pinggan
Sudu garfu

Heater/ Seterika
( nak senang bawa sendiri, tapi ada matriks tak benarkan tapi akak bedal je, janji pandai jaga)
Charger semua yang nak guna
Laptop ( Modul 1 tak banyak guna tapi bawaklah boleh tengok movie, download siap2 )

MODUL MANA SENANG?

Sorry tak tahu sangat pasal akaun tapi ada kawan yang masa sekolah dia budak sains dan amik akaun di matriks perform je, So jangan risau. dia pun tak ada basic tapi dapat je 3.92.

untuk budak sains kita ada 3 modul

modul 1 - fizik, bio, math. kimia
modul 2 - fizik, sains komp, kimia, math
modul 3 - sains komp, bio, math, kimia

untuk yang ni semua pun ada susah masing- masing. nama pun belajar mana ada yang tak susah. Tapi bagi akak ok je modul 1. Susah tak kata senang tapi boleh lah nak cope dengan subjek
 tu. Bincang dengan mak ayah kalau nak tukar ke pape. kita yang nak belajar kan?

FIZIK SPM LAGI SUSAH KE?

Dia macam ni bila awak dah masuk sekolah menengah awak rasa eleh nape tak boleh skor masa UPSR dulu. Haa gitu. dan akak juga adalah seorang yang sangat menyampah dengan subjek fizik masa sekolah dulu. Tapi alhamdulillah masuk matriks akak boleh skor. Bila kita dah besar kita dah tahu cara nak tackle soalan everything kita boleh buat. cuamanya kita dapat tackle tu cepat atau lambat je. So geng yang tak suka fizik kita boleh. dan cara lecturer ajar di matriks juga bagi effect sebenarnya kita boleh skor. so relax je. serioussssss awak hafal formula awak boleh buat. tu je tips dia.

so sampai disini je lah kut. kalau ada pape nak tanya boleh dm ig akak @dinishahirah ataupun tinggalkan komen kat bawah. Insya Allah akak balas. tapi kalau nak akak balas cepat better dm ig kut sebab akak selalu main heheehe. So goodluckkkkkk adika dik matriks




No comments:

Followers