Blogger Widgets

Sunday 12 August 2018

RESULT UPU + TIPS NAK DAPAT UPU

Hai and assalamualaikum,

kah memang sejenis chipsmore kejap muncul kejap hilang. ai also don know wai :D

baca tak tajuk tu? jeng jeng jeng. sebenarnya dah lama dah result tu keluar tapi baru dapat nak buka laptop. busy tidur hehehe. Alhamdulillah sis dapat 1st choice kos electrical engineering dekat UTHM JOHOR. anyone yang baca sama kos ? sepppp cikit. DEBAR TAK? gila tak debar. bukan je sebab kos tu sendiri dah memang dengar tough tapi sebab sis pun tahu kos tu memang dimonopoli oleh kaum lelaki trang tang tang. DOAKAN LAH SIS YA ANAK ANAK!

yang tu nantilah kita cerita bila dah mula masuk kalau semuanya tak ada apa apa dipermudahkan urusan oleh- NYA.

please take note ya sis bukanlah pro dalam bab bab nak bagi LEPAS masuk UPU ni tapi saja nak kongsi apa yang sis buat sepanjang tempoh permohonan hinggalah ke kemaskini dan mereput tunggu result keluar. sis mungkin akan lebih bias sedikit pada student matrikulasi sebab sis sendiri pelajar matrikulas sikit je tapi mana yang sama tu insya Allah boleh pollow pollow.


  1. TOLONG BUAT SEMAK SYARAT RESULT SPM DAN CGPA ANDA 
Untuk yang ni korang mungkin boleh buat kotak and divide dia kepada section result spm by subject, result muet macam kat bawah ni. ikutlah kalau masatu korang ada berapa pilihan then isi satu- satu. U mana yang korang NAK DAN LEPAS syarat kelayakan tu cun cantik. 



Gred spm
Gred matriks dll
Syarat min university ( UKM)
Syarat min university ( UPM )
Syarat min university
Addmath 
Math



Phy
Phy



Biology
Biology














Cgpa : 4




Muet : band 5






       

  1.     JUMPA KAUNSELOR 
Sumpah yang ni sis nak tekankan. memang paling yang nilah. korang dah isi kotak macam sis buat kat atas tu, korang bawa gi jumpa kaunselor minta dia tengokkan dan tanya OKAY TAK PILIHAN SAYA. tanya jangan tak tanya. kenapa sis suruh buat macam ni sebab kaunselor diorang boleh tengokkan CUT OFF point U tu sebenarnya berapa. sebab dalam semak syarat katalah dia letak 2.5 and tahun tu ramai budak yang pointer dia 3.0 ke atas mohon situ, cut off dia takan jadi 2.5 dah. dia akan jadi 3.0. Insya Allah akalu adik pergi tanya kaunselor peluang adik nak dapat cerah sebab diorang akan checkkan baik punya. janji adik buat lah kotak yang macam sis ajar tu lagi senang diorang nak check. smooooooth je. gittew.



  1. TOLONG JANGAN 100% PERCAYA PADA SEMAK SYARAT.

sebenarnya point dia akak dah cakap dah kat atas tu. mungkin adik nampak rendahnya pointer untuk U ni. tapi dik tu hanya bayangan sahaja. jangan percaya dan pegang terus. katalah result adik 3.0 tolong pastikan kelayakan yang dia tulis kat situ bawah lagi dari result adik. contohnya 2.0 atau 2.5. amik kau semua aku merahkan. sebab tu pentingnya jumpa kaunselor. dia lagi tahu cut off point U tu.


  1. TOLONG ALERT. PEGANG FON TU 24 JAM.

selalu orang marah main fon lama sangat. ni akak bagi kau pegang lah dik. kalau boleh tidur makan mandi pun bawalah fon tu. kenapa? sebab kebanyakan info terkini korang akan dapat dalam group ws korang, tele korang, ig korang. please ALERT DENGAN TARIKH yang penting contohnya sesi kemaskini dan sebagainya. banyak dik orang bila dah cuti dia lupa boleh kemaskini pilihan upu and end up tak tukar result diorang. sebab bila korang dapat result utk CGPA TOTAL UNTUK SEMUA SEM korang akan dapat peluang untuk kemaskini lagi.


  1.  BUAT REVIEW PENAGALAMAN ORANG BELAJAR.

Yang ni pun tolonglah buat. baca jangan tak baca. sebab bila korang buat review pengalaman orang belajar, korang akan nampak sikit sikit oooooo cani belajar. oooooo ni peluang kerjaya dia. oooooo cani struggle dia. oooooooook ? hahahhahahaha. dan dari situ korang akan nampak kos ni sesuai ke tak korang nak amik? korang boleh survive ke tak? senang kerja ke tak nanti? peheee?


ok tu jelah kot. insya Allah goodluck pada yang akan mohon UPU, akan masuk U, yang dah duduk U, yang dah grad. arghh semualah hahahahah. doakan akak juga.

p/s : budak kelas akak 19 orang semua dapat UPU untuk degree. ALHAMDULILLAH.

ni yang akak ingat hehehehe. ampunnnn!

2 orang doc perubatan
3 org kos electrical engineering.
2 org kos chemical engineering
1 org kos civil engineering
1 org senibina
2 org sains phy
1 org sains bio
1 org kos law
1 org sains sukan
1 org teknologi kejuruteraan elektronik
1 org teknologi sains komputer dan perniagaan ( if x salah )
1 org statistik
















Followers