Blogger Widgets

Friday 18 May 2018

YOU ARE A STRONG SOLDIER


Hai and assalamualaikum,

memandangkan akak baru lepas minum neslo so tak boleh nak tidur. So sementara nak tunggu battery phone penuh, akak nak share quotes yang memang akak pegang dari dulu dan akak suka gilaaaaaaaaa quotes ni. Dan akak harap korang pun akan suka lah macam mana akak suka. Dengan lafaz bismillah, akak akan mulakan hahahaha

when everyday feels like a battle,
its okay to lose some days,
its okay to have bad days,
its okay to push them away,
its okay to cry your heart out.

people would not understand 
what it feels like to live in battle war,
to grow with battle every single day,
to learn what sacrifice means,
and its not their fault.

stop expecting them to understand,
because they will never be able to,
but if they wants to, 
they will,
never force someone to understand you.

focus on your own battle,
stop worrying what you can 
and what you can't do,
be prepare for the next battle,
be prepare
to plan, to fight, to strive,
plan better,
fight them hard,
strive harder.

and no matter how hard that battle is,
never ever give up on you,
on yourself, 
remember,
God give his hardest battle to 
his strongest soldier of all.

Bye~

PENGALAMAN AMBIL UJIAN MEDSI SESI 2018/2019


Hai and assalamualaikum,

Guys, nak tahu tak akak baru lepas ambil ujian medsi kat Upsi. Puahahhahaha. Debar tak yah cakaplah. nak terberak nak terkencing semua ada. tapi alhamdulillah satu benda best sebab ambil dalam bulan puasa. Alhamdulillah bulan yang penuh keberkatan. Akak pergi dengan mak ayah naik kereta. Satu je tak best dia sebab hari ambil ujian ni masa hari bekerja. So macam kesian mak ayah kena cuti. Tapi diorang seronok je sebab diorang kata bila lagi nak rasa cuti.

Akak punya sesi ujian pukul 3.30- 4.30 p.m. Kitorang sampai sana dalam pukul 1 so sempatlah solat zohor apa semua dulu. Usha usha bangunan. Tapi sumpah lawa bangunan dia. Masjid dia pun best. Sejuk angin dia macam kat pantai haa. Nak jadi ceritanya akak sampai awal gilaaa. So akak pun ingat nak settle awal lah nak kena daftar apa semua kan so akak mintalah izin mak ayah nak pergi dulu. Sebak rasa sebab ada mak ayah temankan kita ambil ujian. #genghatitisu

Nak jadi sebak lagi akak sorang- sorang je. Kawan kawan semua ujian medsi hari lain. Maka kita pun acah acah cool jalan confident je cari makmal komputer. Akak punya pusat dekat makmal peta so berdakilah kita tangga seorang diri. Tengok orang lain semua ada geng ceittt. Tak apa kita geng bergerak secara solo. Naik naik tangga tu perghhhhh ombak manusia beratur panjang. FUN FACT lelaki ramaii woooo. Ingat tak ada lelaki nak jadi guru ni.

Masatu dah pukul 2.50 macam tu. Tunggu punya tunggu yang sesi pagi dia tak selesai lagi. Rupanya dia bagi peluang budak yang terlepas sesi pagi dia bagi ambil. Maka tunggu lagi kita. Masatu akak dah bosan dah. Nampak lah beberapa manusia yag macam bergerak secara solo juga. So akak pun tegurlah

Akak : " awak dah ambil belum ujian? Sesi berapa? "
A       : " oh belum. Hehhe sesi 3.30 "
Akak : " mantop. samalah kita "

maka bermulalah chit chat popet akak bersama dia. tanya habis beajar kat mana, umur dan seumpanya.
dalam pukul 3.10 pegawai bertugas tu bagi masuk. dia panggil nama sesemua. ok masuklah kita hadap komputer dan jawab soalan. Ohhh jawab soalan guna komputer tau. bukan jawab macam exam guna pensel.

Basically dia ada TIGA JENIS skop jawapan.

bahagian pertama : ya atau tidak
bahagian kedua : sangat menepati ciri saya, sanga tidak menepati ciri saya, menepati ciri saya, tidak                                menepati ciri saya
bahagian ketiga : sanagt bersetuju, sangat tidak bersetuju, tidak setuju, setuju

Basically soalan dia memang pasal minat dan personaliti kita. Kalau korang nak tengok contoh soalan medsi, korang google je, nanti keluar. Peruntukan masa untuk kita jawab tu sejam tapi sebenarnya kalau dah siap, boleh je keluar. tu jelah kut. doakan akak lulus medsi ni. AMIN! Oh dan goodluck pada yang nak ambil ujian medsi.

Wednesday 16 May 2018

SAYA PELAJAR MATRIKULASI PAHANG SESI 2017/2018

Assalamualaikum and hai,

pheww baru habis matriks 2 minggu yang lepas dan ALHAMDULILLAH yahooo dapat puasa kat rumah. Oh lupa pulak haiii adik adik yang bakal  masuk matriks :) mesti korang tak sabar kan muhahahhaha. Saja nak pesan belajar rajin rajin, jagan study masa nak exam je. Oh dan bersedialah  anda dengan exam dan kuiz pada setiap minggu. Tapi ikut lecturer dan matriks anda juga. Mungkin ni kitorang je kut puhahahaha. DAN DIINGATKAN JUGA KALAU ADA SUBJEK FAIL ITU NORMAL. jangan presssure. relax je,

CARA PEMBELAJARAN MATRIKS

Untuk yang ni serious akak nak tekankan setakat ni yang akak tengok kawan kawan akak semua ada cara masing masing. dia ikut orang. jangan awak rasa ohh dia ni perform nak tiru gaya dia belajarlah. TAK. mungkin boleh tanya apa awak buat eh? amik sikit sikit tips dari kawan kawan. akak bagi contohlah eh

E.g Aminah selalu dapat markah penuh test dan suka study malam

dan kita ni pun ikut dia berjaga study malam malam. Tapi kita ni jenis ngantuk dan dia pula tak ngantuk bila dalam kuliah pagi. At the end kita tak perform juga sebab tak boleh fokus dalam kuliah.

Faham tak? Cari style belajar yang awak suka dan setakat ni akak perasan buat mind map adalah cara yang terbaik. buat buat buat tak kira lah subjek apa. awak nak buat by chapter pun boleh awak nak buat by formula, by definition pun boleh. And paling penting selalu jumpa lecturer anda. rapat dengan dia konfem dia selalu bagi tips cara nak skor exam.

BARANG KEPERLUAN SEPANJANG DI MATRIKS

Pakaian kasual
Pakaian dalam
Sejadah
Telekung
Baju outing ( better bawa blaus labuh )
Baju kurung/ melayu
Baju sejuk
Cardigan ( senang nak gi kafe pakai baju lengan pendek )
Seluar slack
Tudung (bawal/shawl/sarung)
Kain hitam
Kasut sukan
Kasut PVC
Sandal
Selipar

Beg
Alat tulis
Gambar pasport
Kertas warna ( untuk assignment/ hias hias )
Stok testpad
Stok A4
Stok pen/ highlight/ sticker
Stok pin/ jarum peniti
Bakul sampah
Hanger
Payung ( incase mesin atm jauh macam kmph dan hujan )
GAMBAR MAK AYAH
AL- QURAN

Stok sambal ( kalau anda nak berjimat dan nak simpan duit elaun )
Stok maggi/ ramen ( kalau boleh pelbagai perisa lah ya )
Stok kudap kudap
Stok air ( ikutlah awak nak apa tapi better beli satu pek nescafe )
Cawan
Pinggan
Sudu garfu

Heater/ Seterika
( nak senang bawa sendiri, tapi ada matriks tak benarkan tapi akak bedal je, janji pandai jaga)
Charger semua yang nak guna
Laptop ( Modul 1 tak banyak guna tapi bawaklah boleh tengok movie, download siap2 )

MODUL MANA SENANG?

Sorry tak tahu sangat pasal akaun tapi ada kawan yang masa sekolah dia budak sains dan amik akaun di matriks perform je, So jangan risau. dia pun tak ada basic tapi dapat je 3.92.

untuk budak sains kita ada 3 modul

modul 1 - fizik, bio, math. kimia
modul 2 - fizik, sains komp, kimia, math
modul 3 - sains komp, bio, math, kimia

untuk yang ni semua pun ada susah masing- masing. nama pun belajar mana ada yang tak susah. Tapi bagi akak ok je modul 1. Susah tak kata senang tapi boleh lah nak cope dengan subjek
 tu. Bincang dengan mak ayah kalau nak tukar ke pape. kita yang nak belajar kan?

FIZIK SPM LAGI SUSAH KE?

Dia macam ni bila awak dah masuk sekolah menengah awak rasa eleh nape tak boleh skor masa UPSR dulu. Haa gitu. dan akak juga adalah seorang yang sangat menyampah dengan subjek fizik masa sekolah dulu. Tapi alhamdulillah masuk matriks akak boleh skor. Bila kita dah besar kita dah tahu cara nak tackle soalan everything kita boleh buat. cuamanya kita dapat tackle tu cepat atau lambat je. So geng yang tak suka fizik kita boleh. dan cara lecturer ajar di matriks juga bagi effect sebenarnya kita boleh skor. so relax je. serioussssss awak hafal formula awak boleh buat. tu je tips dia.

so sampai disini je lah kut. kalau ada pape nak tanya boleh dm ig akak @dinishahirah ataupun tinggalkan komen kat bawah. Insya Allah akak balas. tapi kalau nak akak balas cepat better dm ig kut sebab akak selalu main heheehe. So goodluckkkkkk adika dik matriks




Followers